Punca Silau

Punca-Punca Silau Malam

Silau ketika di waktu malam terutama semasa sedang memandu adalah merupakan satu masalah yang pernah dialami oleh ramai orang. Dan kadang-kadang ia akan jadi sangat merbahaya dan terpaksa menghentikan kenderaan oleh kerana silau dan tidak dapat melihat arah jalan.

Bagaimana caranya untuk mengurangkan silau malam dan apakah punca yang menyebabkan ia berlaku?

Masalah silau ini kebanyakannya adalah lebih banyak berpunca dari faktor luaran dari faktor dalaman. Apakah yang dimaksudkan dengan faktor luaran ialah faktor yang melibatkan tindakan orang lain dan faktor dalaman pula mempunyai kaitan dengan faktor individu itu sendiri.


Faktor Dalaman

1. Mata
Punca utama bagi masalah penglihatan silau ialah kuasa mata atau 'power' yang tidak dibetulkan. Sama ada power sphere atau astigmatisma akan memberikan masalah penglihatan menjadi silau Bagi pemandu yang telah berusia, mereka akan lebih sensitif kepada masalah silau ini berbanding dengan mereka yang lebih muda.

Ini adalah kerana keadaan mata mereka yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan pantas kepada cahaya yang dikenakan pada mereka. Ini sebenarnya berkaitan dengan fisiologi mata mereka. Selain itu pembedahan yang melibatkan bahagian kornea juga boleh menyebabkan silau.


Faktor Luaran

2. Lampu Extra Kenderaan
Terdapat banyak kenderaan pada masa sekarang ini dilengkapi lampu kabus atau dipanggil fog lamp. Jikalau di Malaysia, kebanyakan kenderaan, fog lamp dipasang di bahagian bawah iaitu di bahagian bumper depan. Sebenarnya kegunaan fog lamp adalah ketika dimana kita sedang berada di kawasan kabus tebal. Fog lamp akan dinyalakan untuk memudahkan penglihatan pemandu serta memberikan kemudahan kepada pemandu lain untuk menyedari kehadiran anda.


Namun ada juga fog lamp pada beberapa kenderaan dibuat untuk tujuan cantik dan nampak bergaya bila dinyalakan. Namun begitu, menyalakan fog lamp yang bergaya itu semasa memandu pada waktu malam biasa dan tanpa kabus, akan mengakibatkan masalah silau kepada pemandu-pemandu lain. Jangan disebabkan ingin bergaya tetapi mengundang bahaya kepada orang lain.


Walaubagaimanapun kebanyakan syarikat-syarikat terkemuka telah memperbaharui rekabentuk fog lamp dengan menggunkan LED yang tidak memberikan masalah silau kepada pemandu lain.


3. Lampu HID

Adakah anda sedar ada kereta yang menggunakan lampu yang berwarna kebiru-biruan yang tersangat terang? Lampu tersebut dipanggil sebagai High-Intensity Discharge (HID). Ia sudah lama diperkenalkan di Amerika Syarikat iaitu pada tahun 1996 lagi. HID tidak menggunakan filamen seperti lampu biasa tetapi menggunakan voltage tinggi untuk mengionkan gas xenon dan membuatkan ia bercahaya. Tahap kecerahan HID adalah dua kali lebih cerah berbanding dengan lampu halogen biasa.

Sama ada suka atau tidak lampu  HID ini bergantung kepada dipihak mana anda berada. Pemandu yang memandu kereta dengan lampu HID ini mungkin menyukainya disebabkan kecerahan yang tinggi namun bagi pemandu yang terpaksa berdepan dengan HID ini pula akan merasa penglihatannya akan terganggu kerana silau yang tinngi dari lampu HID tersebut.



4. Kedudukan Lampu Kenderaan 
Ini berkaitan dengan masalah dengan kenderaan yang agak besar seperti SUV. SUV mempunyai saiz yang besar dan dipandu pada tahap yang lebih tinggi daripada kereta biasa. Saiz yang besar ini menyebabkan lampu yang ditempatkan di SUV adalah lebih tinggi dan menyebabkan penglihatan menjadi silau pada pemandu lain. Keadaan silau ini  berlaku jika SUV tersebut berada di belakang dan hampir. Ia akan mengakibatkan silau  yang teramat sangat dan terpaksa mengubah sudut cermin pandang belakang untuk menggunakan mode malam.





5. Tahap Ketinggian Lampu

Lampu depan kenderaan wajib dilaraskan supaya tidak menganggu pemandu yang bertentangan. Kesilapan melaraskan ketinggian lampu walaupun satu darjah akan memberikan kesan yang besar kepada pemandu lain. Kenderaan yang telah berusia lebih 5 tahun perlu diperiksa tahap ketinggian lampunya kerana lampu depan kenderaan yang begini lebih cenderung untuk misalign.