Atasi Masalah Silau
1. Discomfort Glare
Ini adalah rabun silau yang akan menimbulkan keadaan yang tidak selesa tetapi tidak mengganggu penglihatan. Contohnya seperti kehadiran silau cahaya matahari pada waktu siang atau silau lampu kereta pada waktu malam.
Cara Mengatasi
Cara mengatasi Discomfort Glare adalah lebih mudah kerana tidak mengganggu sistem penglihatan. Oleh itu pemakaian cermin mata silau sudah memadai untuk mengatasi masalah ini. Untuk itu amatlah diSYORkan untuk menggunakan cermin mata silau ini dan rasakanlah perbezaannya. KLIK SINI.
Selain itu, keadaan fisiologi mata yang tidak cukup sel di retina juga menyumbang kepada masalah silau malam ini. Keadaan ini dapat diatasi sekiranya mata mendapat nutrien yang mencukupi melalui pemakanan biasa ataupun pemakanan tambahan (supplementary).

2. Disability Glare
Ini merupakan rabun silau yang merencatkan atau mengganggu penglihatan. Puncanya ialah power mata yang tidak betulkan ataupun sebarang penyakit mata seperti katarak, glaukoma, retinal detachment, retinitis pigmentosa.
Cara Mengatasi
Manakala bagi Disability Glare pula, cara mengatasinya adalah lebih kompleks mengikut punca-puncanya. Pemeriksaan mata akan dapat menentukan punca masalah silau yang dihadapi. Jika silau tersebut berpunca dari penyakit seperti yang saya nyatakan dia atas, anda akan dirujuk kepada Oftalmologis (Doktor Pakar Mata) untuk tindakan selanjutnya.
Tetapi jika silau disebabkan power, lebih-lebih lagi jika mata mempunyai power astigmatisma, pemakaian kacamata sudah memadai. Apabila power mata tersebut dibetulkan (memakai sebarang bantuan penglihatan seperti kacamata, contact lens atau LASIK) masalah silau akan dapat diatasi.
